Sulit
2 tahun
Hidung mengeluarkan darah
Hi doktor,saya perempuan berumur 27 thn… saya memang mengalami masalah hidung berdarah dari kecil…semalam hidung saya berdarah selama 5 minit…selepas itu ianya berhenti…tetapi tengah hari ni ketika saya mahu mengeluarkan lendir di tekak… saya dapati ada darah berwarna merah disertai dengan lendir…kejadian ini berlarutan sehingga 2 jam…saya tidak mempunyai gejala lain…adakah ini normal selepas terjadinya hidung berdarah?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah hidung berdarah sejak kecil lagi. Kami akan cuba untuk membantu anda dalam masalah ini.
Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan gejala yang anda alami seperti:
- Alahan
- Benda asing di dalam saluran nafas
- Kekurangan rehat atau komplikasi dari gangguan tidur
- Stres
- Perubahan cuaca
- Kekurangan air
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Trauma ataupun luka didalam struktur hidung
- Penyakit asma
- Polip hidung
- gangguan cemas
- kelainan struktur rongga hidung
- Pertumbuhan sel jinak mahupun ganas
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.