Sulit
3 tahun
Hidung pedih setiap kali bernafas. Dada yang pedih dan terasa sesak. Mata sentiasa pedih dan berair
Saya berumur 17 tahun dan hidung saya pedih setiap kali saya bernafas. Saya pakai mask supaya kurang pedih. Dada saya juga sakit seperti ditekan. Mata saya selalu pedih dan berair
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah dada pedih dan terasa sesak nafas yang anda alami. Untuk makluman anda, masalah ini dapat berpunca daripada pelbagai perkara, antaranya ialah:
- tekanan darah rendah
- gula yang rendah dalam darah
- sel darah merah rendah dalam darah
- Dehidrasi
- Pengambilan nikotin, kafein serta alkohol
- Masalah emosi- Stress, depresi, kebingungan yang melampau
- Alahan terhadap makanan, bulu haiwan
Mata berair yang anda alami, ia boleh jadi disebabkan beberapa perkara seperti:
- Allergic rhinitis (resdung) alergi akibat sejuk, habuk, makanan
- Non-allergic rhinitis seperti drug-induced ataupun exercise induced
- Vasomotor rhinitis - satu pentuk peradangan hidung
- Occupational rhinitis - terkait pekerjaan yang terdedah kepada habuk
- Infection rhinitis - jangkitan lapisan dalam hidung
- Sinusitis (jangkitan rongga tengkorak)
- Jangkitan virus
Hidung pedih boleh disebabkan oleh banyak perkara, antaranya:
- Alahan
- Penyakit asma
- Polip hidung
- Benda asing di dalam saluran nafas
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, jika masalah sesak nafas ini berlarutan sehingga mengganggu aktiviti harian anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.