
Sulit
4 tahun
Hidung tersumbat , sakit belakang
Hi dr, saya berumur 18 tahun dan seorang perempuan. sejak dari bulan lepas, saya rasa sukar untuk bernafas. saya selalu rasa sakit belakang di bahagian atas terutamanya dan di bahagian tulang depan di tengah dada saya. saya selalu rasa sukar untuk tidur kerana rasa perut penuh dengan angin dan berdenyut kadang2.pada waktu malam dan pagi juga hidung saya rasa tersumbat tetapi tiada selsema (kering) dan batuk tetapi kering juga.kadang2 juga sakit kepala bahagian belakang sebelah kiri sehingga rasa sakit pada mata sebelah kiri dan bahagian bawah telinga kiri. leher saya juga terasa bengkak dan berdenyut kuat di sebelah kiri sehingga kadangnya terasa sakit

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit belakang di bahagian tengah. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit belakang boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang
- Masalah struktur tulang belakang seperti spondylolisthesis (sakit belakang angkara) atau spondylosis (kemerosotan tulang belakang dan pertumbuhan osteofit)
- Masalah pada organ sekitar tengah dada seperti:
- jantung
- paru paru
Anda juga mempunyai masalah hidung tersumbat namun tiada selsema. Hal ini boleh disebabkan:
- faktor alahan pada kawasan tempat tidur seperti pada debu,
- ketumbuhan poilp dalam hidung
- resdung.
Masalah hidung tersumbat memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi penyakit. Klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.