
Sulit
3 tahun
Hidung tersumbat setiap kali consume vitamin c
Saya berumur 25, dan mempunyai masalah apabila saya consume Vitamin c.
Saya selalu selsema dan kerap bersin jika tersalah makan. Biasanya sotong, udang yg tak segar dan udang kering punca saya bersin tak henti. Setiap kali saya bersin, saya akan ke farmasi dan pharmacist akan syorkan sy untuk consume vitamin c.
Masalah saya bertambah teruk apabila saya consume vitamin c. Ada satu ketika saya consume vitamin c selama hampir 3 bulan, tetapi hidung saya seperti dlm keadaan yg bertambah teruk; sumbat, hilang deria bau, susah bernafas dsbg. Apabila sy stop consuming vitamin c, it gets better. Tetapi setiap kali saya makan seafood, hidung sy kembali tak normal. Jadi apa penyelesaian kpd masalah sy? Adakah sy patut teruskan dgn vitamin c atau stop consume vitamin c?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda,
masalah hidung tersumbat boleh beraku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Alahan
- Penyakit asma
- Polip hidung
- Benda asing di dalam saluran nafas
- Pertumbuhan sel jinak mahupun ganas
Mahupun keadaan seperti:
- gangguan cemas
- kelainan struktur rongg hidung
- kekurangan rehat atau komplikasi dari gangguan tidur
- dan faktor lain yang memerlukan perhatian secara langsung dengan doktor di klinik atau hospital
Vitamin c bukanlah penyembuh segala jenis penyakit berkaitan hidung tersumbat. Oleh itu perlu diketahui punca hidung tersumbat sebelum rawatan yang sesuai dapat diberikan.
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.