
Sulit
3 tahun
Hidung tidak selesa seperti mahu selsema
setiap petang seperti ada yg menyucuk dlm hidung saya seperti mahu selsema. kadang kadang meyebabkan saya bersin. saya mula selsema malam itu.Yang anehnya pagi selepas bangun tidur, saya sembuh tanpa makan ubat. kemudian, petang saya rasa lagi dan selsema lg pada malam itu. Saya risau memandangkan saya tinggal bersama ibu bapa saya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Alahan
- Penyakit asma
- Allergic rhinitis
- Sinusitis
- Polip hidung
- Jangkitan bakteria atau virus yang lain
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor