ara13naz
4 tahun
Hilang deria bau dan rasa
Assalamualaikum. Saya seorang wanita. Saya telah kehilangan deria bau dan rasa hampir 2 minggu. Pada awalnya, saya belum selsema dan hanya 3 hari lepas baru saya selsema. Apakah sebab saya kehilangan deria bau dan rasa ini?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kami memahami masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, hilang deria rasa boleh terjadi disebabkan pelbagai perkara. Antaranya :
- Gejala flu
- Sinusitis
- Allergi
- Polip dalam hidung
- Asma
Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.