
Sulit
4 tahun
HILANG DERIA BAU selepas demam
hi doc saya lelaki berumur 26 tahun pada hari selasa saya demam panas selama 3Hari tetapi selepas itu saya selesema dan sekarang saya tidak dapat hidu apa² bau termasuk bau minyak wangi

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah/ gejala yang anda hadapi iaitu demam, selsema sehingga hilang deria bau. Untuk makluman anda, kehilangan deria bau merupakan perkara yang biasa terjadi terutamanya apabila seseorang itu demam, selsema dan tersumbat hidung. Kebanyakan kes sebegini, gejala tersebut bersifat sementara. Sekiranya masalah demam, selsema dan hidung tersumbat sudah pulih, deria bau seseorang itu beransur membaik seperti sedia kala.
Namun begitu, sekiranya deria bau masih tidak pulih setelah gejala yang lain telah sembuh, ini yang perlu dicari punca sebenar kehilangan deria bau. Kehilangan deria bau boleh berlaku apabila terdapat masalah di dalam rongga hidung, struktur hidung, saraf olfaktori (deria bau) ataupun masalah pada otak. Terdapat pelbagai punca kehilangan deria bau, antaranya:
- Alahan hidung
- Polip hidung
- Jangkitan kuman- resdung, brain abscess
- kecederaan pada hidung- patah tulang
- ketumbuhan pada hidung/otak
- Lain-lain- masalah endokrin, kesan ubat-ubatan
Rasa nak demam? Periksa suhu anda dan dapatkan kelegaan segera.
Jawapan ini adalah keterangan am mengenai masalah yang anda hadapi kerana maklumat terhad yang anda berikan. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Demam mungkin berpunca daripada penyakit serius. Dapatkan nasihat Pakar sekarang!