
Sulit
4 tahun
Hilang fokus, lemah daya ingatan dan sering termenung
Saya dlm lingkungan umur 20 lebih. Saya perasan mula mengalami hilang fokus terhadap kerja harian saya. Masalah lupa juga menjadi semakin teruk sehinggakan orang cakap saya makin teruk lupa. Dan saya selalu termenung. Selalu merasakan ada seorang lelaki yang temankan saya tetapi kawan beritahu lelaki tu tak wujud pun. Adakah kerana saya terlalu stress sehingga terbayang yang tak wujud? Tetapi saya rasa saya normal.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan anda, anda mengalami pelbagai gejala yang mungkin saling berkaitan ataupun tidak. Bagi membincangkan masalah ini secara keseluruhan dan dengan maklumat yang betul dan lengkap, saya amat menyarankan anda untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian untuk konsultasi secara peribadi.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.