Sulit
4 tahun
Hilang nafsu utk bersama suami..!
Saya Aien umur 34thn sejak melahirkan ank 2thn lepas sy rasa lgsg xde nafsu nk bersama suami… Myb krn berat badan sy yg naik medadak b4 pregnant 50kg skrg 79kg dan terlalu stress dgn perangai suami… Ada x cara atau ubat utk kembalikan nafsu sy… Suami selalu minta dan sy sentiasa tolak smp prnh 4 or 5 bulan x bersama… Sebulan sekali aje…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- kurang komunikasi; anda harus berbincang dengan pasangan tentang kepuasan masing-masing
- psikologi, tertekan dan emosi tidak stabil
- kesan sampingan perancang keluarga pil, suntikan, implan
Walaubagaimanapun, komunikasi adalah sesuatu perkara yang penting. Rujuk sebarang ubat-ubatan yang anda ambil bagi mengetahui samada ia boleh menyebabkan masalah anda atau sebaliknya.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.

































