Sulit
4 tahun
Hilang rasa sentuhan pada alat sulit secara tiba-tiba
saya lelaki berusia 19 tahun,2 hari lepas saya bangun jam 6pagi dan perasan zakar saya mengalami ereksi tetapi saya tidak merasa sentuhan pada zakar saya apablia disentuh,macam 30% sensitivity daripada sebelum ni,masa saya sentuh kepala zakar saya serba rasa sahaja,saya terus pergi ke bilik air dan membuang air kecil dan membasuh zakar saya air sejuk yang terkena pada zakar saya itu rasa 30% sahaja dripada sebelum ini,keesokan harinya saya ada rasa sedikit improvement apabila memakai seluar saya dapat rasakan sentuhan dikepala zakar saya dengan seluar,apabila saya mandi dengan air sejuk atau suam saya juga dapat merasakan pada zakar saya tapi tidak macam sebelum ini,macam 60% sensitivity out of 100% on day 2,dan hari ini hari ketiga saya tidak dapat melihat apa-apa improvement semuanya sama macam hari ke 2.saya sangat risau penyakit apakah yang saya sedang alami? adakah zakar saya akan menjadi macam ni seumur hidup saya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan yang diperihalkan di atas, terdapat beberapa penjelasan yang boleh diberi mengenai masalah zakar hilang deria sentuhan iaitu:
- Kekebasan zakar boleh disebabkan oleh masalah pengsarafan pada zakar yang boleh berpunca daripada kecederaan, ubat-ubatan dan juga masalah khas seperti Multiple Sclerosis .
- Peyronie’s disease merupakan salah satu penyakit zakar dimana parutan tisu terkumpul di dalam zakar yang disebabkan oleh kecederaan. Ia juga boleh mengganggu pengsarafan zakar sehingga menyebabkan kekebasan. Ciri-ciri khas ialah zakar yang kelihatan bengkok.
- Penyakit kencing manis boleh mengganggu sistem pengsarafan secara am termasuk bahagian zakar.
- Penyakit yang mempengaruhi otak atau saraf tunjang.
- Mempunyai tahap hormon lelaki iaitu Testosterone yang rendah. Kemungkinan tahap hormon testosteron yang rendah boleh berkait dengan aktiviti beronani secara berlebih dan juga kekebasan pada zakar.
- Kemungkinan urat yang tidak lurus itu adalah bukan urat, tetapi salah satu tanda penyakit jangkitan STI atau penyakit Peyronie’s yang diperihalkan sebentar tadi.
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda mengenai masalah yang anda hadapi ini bagi mendapatkan penyelesaian yang sesuai. Sila pantau jika anda mengalami simptom-simptom lain seperti masalah kencing, kencing berdarah, mati pucuk, dan juga ketumbuhan ulser pada kawasan kelamin.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah

































