
mustikalia576
4 tahun
Hilang selera makan tetapi tidak berasa mual
Saya wanita berumur 20 tahun. Sejak saya berumur 18 tahun, saya telah hilang selera makan. Saya makan sehari dalam kuantiti sedikit sahaja. Kadang kadang saya makan milo cicah biskut sahaja dalam sehari. Nasi pula saya makan sekali seminggu dan kadang-kadang dalam seminggu saya tidak makan nasib langsung. Tetapi saya tidak mengalami sebarang kesulitan dalam melakukan aktiviti harian saya. Saya tidak merasa mual ketika makan, tetapi saya berasa kenyang dengan hanya beberapa suap sahaja

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan seperti adakah anda mengalami keturunan berat badan yang mendadak, adakah anda mengurangkan kuantiti makanan untuk menurunkan berat badan dan sebagainya.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.