
Sulit
4 tahun
Hilang suara tiba tiba
Saya wanita berumur 23 tahun dan baru pulang daripada Pulau Pinang kelmarin . Saya tidak mengalami demam selsema dan batuk . Tapi pada petang tadi tibatiba saya suara saya menjadi serak . Adakah saya mempunyai simptom² covid .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kerisauan anda mengenai masalah yang anda sedang hadapi. Namun begitu, berdasarkan kenyataan anda di dalam ruangan soalan, maklumat lanjut lebih diperlukan untuk mengetahui masalah anda.
Berikut merupakan antara beberapa sebab mengapa seseorang boleh mengalami masalah hilang suara secara tiba-tiba:
- Radang faring (pharyngitis)
- Menggunakan suara terlalu kasar seperti menjerit
- Terdedah kepada habuk atau bahan pencemar udara yang lain
- Reaksi alahan
- Refluks asid atau GERD
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah tersebut. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dibuat dan rawatan dapat diberikan kerana hal ini memerlukan perhatian dengan segera.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.
Berikut merupakan sedikit penerangan berkenaan COVID-19:
Gejala yang dialami oleh seseorang individu adalah berbeza. Tiada corak tetap yang boleh menunjukkan bahawa gejala yang dialami pasti disebabkan oleh COVID-19. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lebih lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Sekiranya anda mengalami gejala di atas, anda haruslah segera berjumpa dengan doktor atau mendapat ujian saringan di hospital/klinik berdekatan untuk kepastian. Anda juga boleh klik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19 atau hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC). Selain daripada itu, lakukan kebersihan tangan dengan baik dan pakai topeng muka anda di khalayak ramai.
Anda disarankan juga untuk terus memantau kesihatan anda dan mengambil langkah berjaga-jaga yang disarankan. Berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia, anda digalakkan untuk melakukan langkah pencegahan seperti berikut:
- Mencuci tangan dengan sabun dan air.
- Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
- Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan COVID-19
- Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
- Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
- Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Anda juga boleh menghubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi di atas talian. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini