
Sulit
5 tahun
Hilang upaya pertuturan
Saya merupakan pesakit skizoafektif sejak 2016, wanita, berusia 27 tahun. Baru-baru ni saya baru sambung belajar semula, dan saya dapati pertuturan semasa saya dikehendaki menerangkan sesuatu secara spontan, saya rasa kurang fasih dan sukar untuk mencari perkataan yang tepat untuk menyampaikan apa yang saya maksudkan. Mungkin bagi orang lain perkara ni normal, tapi saya tahu dan lebih kenal diri saya sendiri. Sebelum ni pun saya pernah sambung belajar, buat penerangan dan presentation tapi okay je… tak macam ni pun… Adakah kemungkinan masalah ni berpunca atau berkait dengan keadaan mental saya atau ubat-ubatan yang saya ambil? Bagaimana saya boleh mengatasi masalah ini? Terima kasih doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kami prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh anda. Sekiranya anda merasakan bahawa gejala ini baru timbul, ia justeru boleh jadi akibat pelbagai perkara seperti:
- Kesan perkembangan penyakit skizofrenia
- Kesan ubatan seperti efek samping ubat, ataupun interaksi dengan sesetengah ubat lain
- Cara pengambilan ubat yang tidak benar
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Memandangkan masalah anda adalah subjektif, pertuturan anda perlu dinilai secara objektif dengan sesetengah ujian / tes pertuturan yang boleh dimarkahkan. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.