
Sulit
4 tahun
Hingus bercampur darah
Kesihatan yang saya alami sekarang adalah tentang kahak bercampur darah…

4 tahun
Selamat sejahtera, terima kasih atas soalan.
Kami memahami kerisauan anda tentang gejala yang anda sedang alami. Untuk makluman anda, terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami batuk atau kahak berdarah:
- Jangkitan paru-paru (bakteria, parasit)
- Kanser paru-paru
- COPD
- Tibi atau tuberkulosis
- Bendasing (foreign body)
Namun begitu, ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami batuk berdarah. Anda perlu berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut dan supaya rawatan yang sesuai dapat diberikan.
Masih mengalami masalah batuk berdarah? Pakar paru-paru sedia membantu!
Ingin kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor dengan kadar segera sekiranya anda mengalami gejala-gejala berikut:
- Demam
- Berat badan turun dan hilang selera makan
- Terdapat pertukaran dalam kualiti suara
- Kesukaran bernafas
- Sakit dada
- Aktiviti harian terganggu
Jika anda mempunya pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk sesi konsultasi secara peribadi. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.