Sulit
2 tahun
Hingus berdarah selama seminggu selepas swab test
Saya buat swab test di tempat kerja pada 10/5/21.pada 14/5/21 saya mula selsema sehingga sekarang.masalahnya hingus yang keluar dari hidung saya sebelah kiri bercampur dengan darah.swab test pada lubang hidung sebelah kiri.apakah punca tersebut di sebabkan swab test yang di lakukan sehingga menyebabkan jadi begini.adakah berlaku luka dalam saluran hidung saya di sebabkan swab test tersebut.terima kasih doktor
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Kebanyakkan punca hidung berdarah adalah tidak diketahui (80%). Berdasarkan keterangan yang anda berikan, terdapat beberapa punca hidung berdarah seperti:
- Cuaca panas/sejuk
- Kecedaraan hidung
- Masalah pembekuan darah
- Pengambilan ubat seperti aspirin
- Resdung (“Sinusitis”)
Antara langkah-langkah yang anda boleh ambil untuk mencegah masalah ini berlanjutan adalah:
- Tidak mengorek hidung ketika berlakunya pendarahan dan selepasnya
- Elakkan pendedahan matahari yang lama
- Elakkan mengangkat benda berat mahupun menunduk dengan lama
- Elakkan makanan sejuk dan panas ketika dan selepas pendarahan
- Gantikan ubat seperti aspirin/ibuprofen dengan paracetamol
Sekiranya masalah ini berlanjutan ataupun semakin teruk, anda boleh berjumpa dengan doctor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.