
mikeythiam
5 tahun
Hingus warna kuning pekat macam warna sos keju
Saya remaja lelaki berumur 17thn.Saya mula2 terkena selsema dan batuk dan hinhus saya bertukar drpd jernih ke hijau.Sekarang saya beransur pulih tetapi masih ada hingus yg pekat.kini ia brtukar antara hijau dgn kuning pekat seperti sos keju.Adakah ia masalah serius?saya tidak mengalami sebarang kesan lain seperti pening,sakit kepala atau sesak nafas

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah hingus berwarna hijau ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Radang Sinus
- Jangkitan virus atau bakteria pada sinus
- Jangkitan virus atau bakteria pada paru-paru
- Allergic Rhinitis
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.