
Sulit
4 tahun
Hipotensi untuk hypertension
Suami sy di diagnosed hypertension. baru shj keluar hosp semalam . selepas dinner and makan ubat . dia secara tiba2 hipotensi. sy sudah memberikan air garam . apa lagi tindakn sepatutnya . bacaan 89/54

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Kami memahami masalah yang sedang dialami. Untuk pengetahuan anda, antara kesan sampingan ubat darah tinggi adalah:
- Ruam
- Pening kepala
- Hipotensi
- Peningkatan pada paras kalium
- Loya
- Sakit perut
- Lemah-lemah badan
- Kelesuan
- Batuk kering
Tujuan pengambilan ubat darah tinggi adalah untuk mengawal tekanan darah tinggi daripada mengundang komplikasi lain. Masalah tekanan darah tidak terkawal yang berlanjutan akan menyebabkan kerosakan organ-organ seperti jantung, buah pinggang, mata, saluran darah dan otak. Komplikasi yang boleh berlaku akibat tekanan darah tinggi termasuk penyakit jantung, kegagalan fungsi buah pinggang, pendarahan dalam mata dan serangan angin ahmar.
Ubat darah tinggi perlu diambil secara berterusan untuk memastikan ia berkesan dalam menstabilkan tekanan darah anda. Jika ubat darah tinggi dihentikan, tekanan darah tinggi berkemungkinan meningkat dengan cepat dan sukar dikawal. Komplikasi darah tinggi juga boleh berlaku atau bertambah serius. Memandangkan bacaan tekanan darah suami anda rendah, disarankan untuk suami anda segera berjumpa dengan doktor dan harus mengikuti nasihat doktor untuk memastikan tekanan darah anda terkawal dan tidak menybabkan masalah yang lebih serius.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.