
Sulit
5 tahun
Hipotiroid dan masalah angin
Saya wanita awal 30an dan belum berkahwin. Saya disahkan hipertiroid sejak 2016. Pada tahun lepas, saya telah menjalani rawatan RAI. Dan setelah RAI kali ke 2 pada penghujung tahun lepas, saya telah disahkan hipotiroid. Setiap hari saya mengambil thyrosit 100mcg tetapi saya perasan perubahan seperti kerap sendawa dan kerap membuang angin.
Saya sendiri berasa tidak selesa dan malu untuk berhadapan dengan orang sekeliling. Saya telah cuba untuk mengurangkan pengambilan makanan berasaskan kobis, taugeh, brokoli, kopi , teh dan lain-lain. Tapi kurang berkesan.
Boleh Doc terangkan hubungkait hipotiroid dengan masalah angin yg saya alami? Dan adakah cara untuk mengatasinya?
Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah hipotiroid boleh menyebabkan masalah dalam sistem penghadaman anda. Antara masalah ini ialah:
- Angin
- Sembelit
- Cirit-birit
- Pedih hulu hati
- Mual dan muntah
Untuk menangani masalah ini, puncanya harus ditangani iaitu hipotiroid anda. Anda harus makan ubat pengganti hormon tiroid anda dan sentiasa ke temu janji doktor. Selain itu, anda harus melakukan senaman supaya perut dan usus anda giat bergerak untuk mengelakkan masalah angin. Anda juga boleh melawat seorang pakar pemakanan untuk merancang dan memberi maklumat tentang jenis makanan yang boleh membantu anda mengatasi masalah ini. Mereka lebih arif dalam bidang ini dan nasihat mereka sangat bemanfaat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.