
Sulit
4 tahun
Hiv 3 bulan/ 6 bulan
Hai doc kali terakhir saya terdedah 11.3.20 saya nak tanye saya ada buat test hiv dua kali 1 dengan ngo yang disahkan mengunakan 3 generation selepas 3 bulan 9.2.21dan saya buat di swasta pula 4 generation ab/ag screening selepas sebulan daripada test ngo 2.3.21 hasil dua2 -ve, 5 bulan adakah itu memadai?
sye was2 dan saya jadi anxiety bila orang ada orang cakap kene 6 bulan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Untuk makluman anda, HIV rapid test hanyalah salah satu kit ujian untuk membuat saringan sama ada seseorang itu positif HIV ataupun tidak. Namun begitu, keputusan yang diberikan oleh rapid test tersebut perlu disiasat lebih lanjut kerana terdapat kemungkinan untuk mendapat keputusan false negatif ataupun false positive ataupun negatif kerana kandungan virus yang terlalu rendah dan tidak dapat dibaca oleh kit tersebut.
Seterusnya doktor akan mengambil darah anda untuk melihat kandungan virus di dalam darah anda untuk menentukan sama ada anda dijangkiti ataupun tidak. Ujian ini efektif untuk mengesan HIV tiga miinggu selepas terdedah kepada virus tersebut. Apabila seseorang yang hidup dengan HIV memulakan rejimen rawatan antiretroviral, viral load mereka menurun. Hampir semua orang yang mula mengambil ubat HIV setiap hari seperti yang ditetapkan, viral load akan turun ke tahap yang tidak dapat dikesan dalam masa enam bulan.
Untuk makluman anda, sehingga kini tiada lagi ubat yang boleh menyembuhkan HIV/AIDS. HAART Highly Active Antiretroviral Therapy adalah sejenis kombinasi rawatan yang digunakan untuk mengurangkan kadar kesakitan yang dialami oleh pesakit HIV, mengekalkan fungsi sistem imun badan dan mengelakkan risiko jangkitan kuman yang boleh membawa maut.
Proses rawatan HAART mengambil masa 3-6 bulan untuk menghasilkan keputusan ‘Undetectable’
bergantung kepada rawatan dan saranan doktor.
Untuk menjawab persoalan anda, kami memerlukan lebih banyak maklumat dan kami tidak dapat memberikan kata putus.
Sekiranya anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai keputusan ujian darah anda, anda boleh hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk mengetahui status anda dan pencerahan lebih lanjut. Terima kasih.