
Sulit
4 tahun
Hiv boleh berlaku ke?
Hi doc!..hiv boleh berlaku ke kepada lelaki atau perempuan yang bersama ketika perempuan itu sedang haid?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kemusykilan anda. Untuk makluman anda, virus HIV boleh tersebar melalui perkara berikut:
- Aktiviti seks bebas dan rambang tanpa perlindungan
- Perkongsian jarum dalam kalangan pengguna dadah
- Lahir daripada ibu yang positif HIV
- Transfusi darah yang mengandungi virus HIV
- Needle prick injury dalam kalangan pekerja kesihatan
Sebagai maklumat tambahan, anda tidak boleh mendapat jangkitan HIV sekiranya melakukan aktiviti seks semasa sedang haid dan pasangan anda negatif HIV. Namun begitu, risiko untuk transmisi jangkitan adalah tinggi sekiranya pasangan anda positif HIV dan anda melakukan seks tanpa perlindungan.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.