
Sulit
5 tahun
HIV: Penjagaan pesakit
As salam, kini saya mempunyai kenalan yang disahkan HIV positive. Beliau kini depressed dengan situasi yang dihadapai & runsing untuk berterus terang dengan keluarga / rakan terdekat. Cuma saya sahaja yang tahu apa yang di alamainya.
Persoalan saya:
- Apakah tips & cara untuk saya menjaga pesakit HIV di rumah bagi mengelakkan saya turut dijangkiti?
- Perlukah saya mendaftar / memaklumkan pada KKM atau badan-badan kebajikan?
- Perlukah saya memaklumkan kepada keluarga saya tentang niat saya untuk menjaga pesakit HIV?
Terima kasih atas maklum balas yang akan diberikan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, HIV boleh dijangkiti melalui cecair badan dengan melakukan aktiviti seperti seksual, perkongsian jarum dadah, luka yang terdedah pada cecair badan pesakit iaitu darah, cecair air mani dan sebagainya. Ia tidak dijangkiti melalui air liur.
Memandangkan rakan anda sedang mengalami kemurungan, anda boleh menasihatkannya untuk berjumpa dengan kaunselor melalui laman sesawang Malaysian AIDS council.
Memandangkan anda tidak memiliki HIV, tiada sebarang kewajiban untuk anda memberitahu sesiapa. Namun, bagi rakan anda, sekiranya dia ingin melakukan aktiviti seksual bersama suami/isteri/pasangan atau melakukan aktiviti yang mendedahkan orang lain kepada jangkitan HIV, dia harus memberitahu tentang HIV.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.