
Anonymous
6 tahun
Hormon menggugurkan rambut
hye doktor,saya liza saya ada mslh hormon period saya sbelum ini sampai 31 hari tidak berhenti sentiasa penuh pet,tapi sya tlh jmpa doktor klinik swasta dia injeksion saya drh berhenti trus.tapi rambut saya hbis gugur teruk sampai lantai pnuh dgn rmbut sya. sya tlh coba ubat spray dr farmasi utk rawatan rambut sya nama ubt tu CG210.tp rmbut saya mseh gugur sampai botak skrg rawatan apa yg perlu saya buat doktor tlg syaa😢

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk mengetahui jika keguguran rambut yang anda alami, jenis suntikan yang anda terima perlu kami ketahui. Terdapat pelbagai punca keguguran rambut dan salah satunya adalah kesan sampingan ubat ubatan.
Bagi menyelesaikan masalah anda ini, amatlah disarankan untuk anda merujuknya dengan lebih lanjut agar maklumat yang lengkap dapat diberikan.
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian dengan percuma. Terima kasih.