
Sulit
4 tahun
Hospital cek positif upt di rumah negetif
Saya berumur 27tahun… Saya dah berkahwin selame 2 tahun… Mggu lepas saya telah ke hospital untuk x ray jari saya yg bengkak… Sebelom x ray doc buat upt untuk tengok sy prggy atau tidak… Bile doc panggil doc sah kan sy positif hamil… Yang saya pelik saya test upt di rumah negetif… Harini saya ke kk untuk scan lg sekali dan dlm rahim sy kosong… Dan upt di kk juga negetif… Adakah sy mengandung atau tidak??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang kehamilan.
Untuk pengetahuan anda, ujian kehamilan mengesan hormon kehamilan yang dipanggil sebagai human hCG (human Chorionic Gonadotrophin). Hormon ini akan meningkat ketika waktu hamil. Sekiranya ujian dilakukan terlalu awal, kemungkinan keputusan pertama anda negatif kerana kadar hormon hCG terlalu sedikit dalam air kencing untuk dikesan ujian kehamilan.
Namun begitu, ujian kencing kehamilan mempunyai 97% keberkesanan untuk mengesan kehamilan tetapi ia boleh terjejas jika:
- ujian kehamilan rosak
- teknik yang salah
- Kandungan luar rahim
Ujian kehamilan lain boleh dilakukan di klinik seperti ultrasound dan ujian darah. Saya tidak boleh simpulkan apa yang anda alami pada waktu ini kerana saya perlu melihat kepada ujian darah dan ultrasound anda. Sebaiknya anda bertanyakan hal ini kepada doktor yang anda jumpa.
Untuk mendapatkan keputusan UPT yang optimum, anda boleh cuba
- Lakukan ujian di awal pagi atau air kencing pertama hari tersebut
- Membaca arahan UPT kit dengan teliti kerana setiap syarikat mengeluarkan kit yang berbeza dan arahan yang berbeza
- Lakukan ujian selapas 2 minggu anda tidak datang haid mengikut kalendar anda
Hamil atau tidak? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi .
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.