fashaisha
5 tahun
How to predict period date?
Saya last period pada awal bulan feb pada 1feb sampai 6feb bulan lepas tetapi bulan ini period saya agak lambat. Jadi apakah saya patut buat? Adakah itu normal?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk pengetahuan anda kitaran haid atau (Menstrual cycle) berlaku dalam tempoh 28-35 hari dan adalah berbeza bagi setiap individu. Dan setiap kitaran haid tidak semestinya mempunya bilangan hari yang sama. Sukar untuk saya menjawab adakah itu normal atau tidak kerana banyak lagi maklumat lain yang harus saya terokai.
Namun begitu, saya boleh memberi anda penerangan am mengenai sebab yang boleh menyumbang kepada masalah haid lambat. Antaranya adalah:
Umur- Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja.
Berat badan dan diet- Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda.
Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS)- Penyakit ini boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang.
Ubat-ubatan- Sesetengah ubat yang disarankan untuk masalah kesihatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Pil perancangan, pil hormon, ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang melambatkan kitaran haid.
Hormon tidak stabil disebabkan stress, tekanan emosi dan jadual harian yang terlalu aktif dan padat
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
























