
Sulit
4 tahun
Hubungan intim bersama pasangan
Saya bakal berkahwin dan saya tertanya adakah pihak lelaki selesa ketika bersetubuh selepas wanita itu mencukur bahagian intimnya kerana bahagian yang dicukur itu akan terasa kasar dan tajam. Saya takut jika pihak lelaki tak selesa tapi taknak beritahu. Insecurity saya arise bila saya terfikir hal ini. Jadi saya memerlukan pandangan supaya saya boleh bersedia dari awal. Thank you in advance.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang hubungan intim.
Untuk makluman anda, perkara sebegini adalah privasi pasangan, seeloknya anda bertanyakan hal ini kepada bakal suami anda kerana mungkin beliau mempunyai pilihan tersendiri. Tidak salah untuk anda bercukur atau tidak asalkan kebersihan diri anda terjaga supaya hubungan yang dijalankan lebih selesa.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.