
waani2709
2 tahun
Hubungan kelamin-Air mani cair
Saya baru berkahwin.apabila melakukan hubugan kelamin air mani saya cair…apa sebab nya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Pada zaman sekarang, apabila bercerita mengenai air mani, ramai kaum lelaki berasa malu dan segan kerana ianya merupakan topik yang sangat sensitif dalam kalangan masyarakat kita. Namun, sekiranya perasaan malu serta segan ini berterusan ianya boleh membawa kepada masalah seksual. Hal ini kerana terdapat juga masalah yang berkaitan dengan air mani seperti air mani cair. Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan air mani cair :
- Ejakulasi yang kerap
- Obesiti dan kegemukan
- Gaya hidup yang tidak sihat
- Faktor usia
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.