Sulit
4 tahun
Hubungan sexual suami dan isterii
Hi doctor. I just wana ask you,saya melakukan hubungan sex dengan suami semasa dia tidur dan boleh ke suami saya keluarkan air mani dalam keadaan dia tidak sedar @ terlalu penat ? Terima kasih
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan kenyataan diatas, anda ingin mengetahui sekiranya suami anda boleh mengeluarkan air mani dalam keadaan beliau tidak sedar atau terlalu penat. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk pengetahuan puan, seseorang lelaki lazimnya akan mengalami ereksi 3-5 kali ketika tidur, selain itu terdapat kondisi yang dinamakan sebagai nocturnal emission atau wet dream yang merujuk kepada fenomena ejakulasi yang berlaku ketika lelaki sedang tidur atau bermimpi.
Namun begitu, gejala melakukan hubungan seks ketika tidur juga boleh berhubungkait dengan keadaan yang serius dan memerlukan bantuan dari doktor, seperti sexsomnia yang lazimnya berlaku akibat
- kekurangan tidur
- stres
- jandual kerja malam (work-shift)
Oleh itu, anda amat disarankan untuk mengubungi doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

































