
Sulit
3 tahun
Human Immundefiency Virus (HIV)
Saya lelaki berusia 19 tahun dan menghidapi HIV hampur 2 tahun. Pada isnin lepas saya telah diambil darah seperti biasa di hospital tetapi saya telah dihubungi untuk diambil semula darah kerana serum darah saya ada masalah dan tidak dapat digunakan. Bagaimanakah perkara tersebut boleh berlaku? Adakah keadaan saya semakin teruk atau perkara lain?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, setiap komponen dalam darah mempunyai syarat tertentu untuk diproses dan mendapatkan hasil yang diharapkan. Akan tetapi, jika sel darah tersebut telah tercemar, telah ‘lysis’ ataupun telah melebihi tempoh waktu yang telah ditetapkan sebelum diproses, ia tidak akan memberikan hasil yang diharapkan. Oleh itu, doktor akan mengambil sampel darah anda semula.
Namun, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor