
Sulit
4 tahun
Hyper-Thyroid, Depression, Craving sweet things
Hye, saya seorang perempuan berusia 20-an dan belum berkahwin. Baru-baru ini saya dapati darah haid saya kurang berbanding selalu. Kitaran haid saya tepat, tetapi kurang. Kebiasaannya darah saya datang begitu banyak dan adakah ini disebabkan penyakit saya ataupun tekanan perasaan yang saya lalui baru-baru ini akibat masalah pribadi. Mohon penjelasan doktor, terima kasih

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, untuk mengenal pasti kuantiti yang normal untuk pendarahan haid adalah terlalu luas. Secara purata, wanita akan kehilangan darah melalui haid sebanyak 30-40 ml. Namun begitu, jika kurang atau melebihi kuantiti yang disebutkan, tidak bermakna ia adalah tidak normal. Jika anda tidak mengalami kekejangan teruk, loya ataupun gejala lain, haid anda dikira normal.
Namun begitu, jika anda mengalami pendarahan haid yang banyak kemungkinan ia adalah disebabkan beberapa punca seperti:
- Perdarahan disfungsional, atau dysfunctional uterine bleeding
- Masalah kelenjar tiroid terutamanya kekurangan hormon tiroid atau hypothyroidism.
- Fibroid uterus. Fibroid merupakan ketumbuhan yang berlaku di dalam dinding rahim
- Endometriosis, tisu-tisu rahim terletak di luar rahimmenyebabkan pendarahan yang berat dan menyakitkan
- Polip juga merupakan sejenis ketumbuhan pada rahim
- Sindrom polisistik ovari
- PID (Pelvic inflammatory disease), Jangkitan kelamin boleh membawa kepada keadaan yang dikenali sebagai penyakit radang pelvik atau Pelvic Inflammatory Disease (PID) boleh menyebabkan gejala seperti sakit perut dan menorrhagia.
- Kanser serviks atau kanser rahim
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid yang sedikit? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu