
Sulit
2 tahun
Hyperhidrosis peluh berlebihan
Saya zulhilmi umur 26. Saya mengalami masalah berpeluh sejak kecil lagi. Apakah ubat terbaik. Apa ada ubat telan yang boleh peluh berhenti seketika dalam tempoh yang singkat.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Masalah peluh berlebihan boleh disebabkan beberapa faktor seperti:
- Genetik
- Stres
- Keresahan
- Masalah obesiti
- Masalah diabetes
- Masalah tiroid
- Pengambilan alkohol atau ubat-ubatan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Kami juga perlu untuk lihat keadaan kulit anda. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.