
Sulit
4 tahun
Hyperhidrosis-tapak tangan, ketiak, tapak kaki
Saya berumur 28 tahun Dan bakal berkahwin tahun depan. Saya dan bakal suami menghidap penyakit hyperhidrosis. Kedua dua kami tangan berpeluh yang agak teruk. Apakah ia akan menurun kepada anak.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah kuat berpeluh ini pada umumnya tidak diketahui puncanya samada dari keturunan (genetik) ataupun tidak. Terdapat beberapa punca lain masalah kuat berpeluh seperti:
- Hipertiroid
- Kencing manis
- Masalah kalenjar adrenal
- Kesan ubat-ubatan
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.