
Sulit
5 tahun
Hypertension darah tinggi
saya baru keluar hospital kerana hypertension dan doctor telah memberi ubat micardis plus (telmisartan 40/hydrochlorothiazide 12.5mg)
saya mengalami dizziness dan pening yg membataskan pergerakan. adakah ianya normal.?
sebelum ini doctor beri ubat coveram.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- ubat yang tidak sesuai
- dos ubat yang tinggi sehingga menyebabkan tekanan darah rendah
- vertigo (jangkitan telinga, BPPV)
- darah merah rendah (Anaemia)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.