
Sulit
3 tahun
Hypertension Emergency
Dear Dr, saya penah dimasukkan ke wad bulan 4 tahun nikerana hypertension emergency…and mild heart attack…sy start makan ubat cair darah ubat jantung dan darah tinggi dan kolestrol…baru2 ni saya vaksin 2nd dose az…and sejak tu dada selalu sakit mencucuk2…tapi sekejap2…dia berlarutan 2 minggu…ada masa sy akan berpeluh sejuk…ada masa dia just sakit mencucuk2 sahaja…saya ada buat echo jantung…cuma result dan appointment saya dgn pakar tahun depan…cuma rasanya lately sy semakin penat…ada masa mual…ada masa sakit tengkuk belakang kepala dan dada mencucuk2…dan saya kerap demam skrg…walaupun on and off…saya risau nak ke emergency dgn keadaan covid skrg…saya cuma makan ubat bawah lidah GTN dan tido…mohon pandanngan Dr

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala anda mengalami tersebut, sakit dada mencucuk, berpeluh sejuk, rasa penat, mual, sakit tengkuk belakang kepala dan demam boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya:
- Kemerosotan kawalan untuk masalah jantung anda
- Jangkitan (tidak semestinya covid, mungkinnya virus atau kuman lain)
- Kelemahan jantung
- Masalah jantung lain
Ini bukan kesan sampingan untuk vaksin Covid, kami menyarankan anda merujukkan masalah ini kepada doktor anda dengan lebih lanjut untuk dapatkan penjelasan dan rawatan yang sesuai. Sila jangan menunggu temu janji anda tahun depan.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Jantung.