
Anonymous
5 tahun
Hypertension tekanan darah
Saya suday consume ubat darah tinggi provinace… Tapi sejak kebelakangan ni bacaan naik sikit dan kekadang muka saya kemerahan dan rasa macam bahang.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Provinance adalah ubat untuk pesakit tekanan darah tinggi jenis ACE Inhibitor yang memerlukan preskripsi doctor dan pemeriksaan perubatan yang terperinci. Doktor anda telah mempertimbangkan setiap kebaikan dan kesan sampingan ubat tersebut terhadap keadaan kesihatan anda. Anda juga harus membaca kandungan, arahan, kesan sampingan dan kontraindikasi dengan teliti pada pakej sebelum guna. Antara kesan sampingannya ialah:
- Alahan
- Pening
- Keletihan
- Batuk kering
- Simptom tahap potasium tinggi (lemah otot, kadar denyutan jantung tidak teratur
- Pengsan
- Masalah buah pinggang dan kegagalan hati adalah jarang berlaku
Untuk mengetahui jika dos ubat ini sesuai untuk anda ambil atau tidak, sila rujuk kepada pihak kami di link ini (DoctorOnCall) secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih