
hannyezandra5993
5 tahun
Hyperthyroid dan masalah gastrik
Salam sejahtera, saya mempunyai masalah hyperthyroid selama 2 tahun dan bergantung kepada ubat carbimazol serta propanolol. Dan baru-baru ini saya mengalami masalah gastrik yang agak teruk hingga mengakibatkan bahagia dada saya sakit. Saya akan chek nadi setiap sejam untuk memastikan jantung saya sentiasa berdegup dengan normal. Walaupun saya telah melakukan ecg sebanyak 3x dalam sebulan dan resultnya normal, namun saya tetap mengalami rasa sengal, sakit menyucuk di bahagian dada kiri sehingga mencetuskan perasaan panik. Ada ketika, saya mengalmi sentakan di dada seperti nafas yang tidak habis dikeluarkan kerana saya mempunyai banyak angin di dalam badan. Saya juga kerap merasakan seperti ada sesuatu di bahagian kerongkong dan membuatkan saya semakin tak selesa. Saya pernah mendapatkan rawatan di hospital untuk masalah sentakan di dada bahagian kiri. Namun jantung saya menunjukkan kadar denyut yang normal. Pernah juga saya adukan masalah ini kepada pakar bedah saya dan beliau menerangkan bahawa tisu dada sedang berkembang akibat thyroid. Sakit menyucuk itu biasanya akan berlaku dia bahagian breast kiri, dan ada masa terasa di bahagian breast kanan. Masalaj ini menjejaskan kualiti kerja dan emosi saya. Saya mengalami masalah anxiety yang agak teruk hingga tidak boleh tidur dengan baik. Saya juga tak boleh makan dengan baik kerana banyak berfikir. Adakah masalah ini normal untuk pesakit thyroid dan gastrik? Dan apa penyelesaian yang paling terbaik.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berkenaan dengan soalan anda hal ini boleh bekemungkinan normal ataupun kesan sampingan ubat yang anda makan .Namun terdapat beberapa punca yang lain boleh menyebabkan hal ini berlaku. Antaranya ialah:
- Kerosakan tisu jantung akibat penyakit jantung
- Laluan elektrik yang tidak normal dalam jantung semasa kelahiran (keadaan jantung kongenital, termasuk sindrom QT yang panjang)
- Penyakit atau kelainan kongenital jantung
- Anemia
- Senaman
- Tekanan mendadak, seperti ketakutan
- Tekanan darah tinggi atau rendah
- Merokok
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih