
Anonymous
5 tahun
Hyperthyroid ke hypothyroid
Saya wanita umur saya 25tahun… Saya disahkan kena hyperthyroid tahun lepas bulan 11 dn sy makan,ubat thyroid dn kurangkan jantung berdebar sampai bulan ni, baru2 ni sy test darah tgk hormone thyroid terlalu kurang di mana berlaku hypothyroid pula, jd doc stopkn ubat,thyroid untk 4 bulan dn lps 4 bulan kena buat lagi ujian darah untk tengok keadaan hormon thyroid… Sy disurh teruskan makan ubat kurangkn jantung,berdebar sebji setiap hari macm biasa… Kekeliruan saya sekarang ialah bekalan ubt jantung tu ada untk 2bulan, lps 2bulan saya perlu jumpa balik doctor untk kurangkan dosnya ke atau bolh beli kt farmasi dan makan selama buat ujian darah seterusnya? Doc cuma suruh saya continue makan ubat ni buat masa sekrg dn surh dtg lps 4bulan untk buat ujian darah… Untk maslh hypo tak perlu makan ubat ni kan tp doc surh makan takpe ke? Tu je doctor… Terima kasih …

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, ubat kurangkan jantung berdebar itu biasanya adalah golongan ubat beta-blocker yang mana ubat ini berfungsi dapat mengurangkan gejala-gejala hipertiroid tetapi ubat ini tidak dapat mengurangkan hormon tiroid.
Merujuk kepada penggunaan ubat ini 2 bulan setelah habis, sebaiknya anda mendapat konsultasi dan berbincang dengan doktor tentang perawatan terbaik. Hal ini kerana tanpa hasil laboratorium dan pemeriksaan-pemeriksaan lain terkait hormon tiroid, adalah sukar untuk ditentukan keperluan ubatan seseorang itu.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.