
syerah51100
5 tahun
Hyperventilation syndrome
Saya berumur 19 tahun saya disahkan menghidapi hyperventilation syndrome oleh doktor dan diberikan ubat tenang.adakah normal penyakit tersebut telah berlarutan lebih dari seminggu tidak kira siang atau malam.saya mengalami tidak puas ketika bernafas.adakah perlu saya mendapatkan rawatan di klinik semula atau masalah tersebut adalah pekara biasa bagi penghidap hyperventilation syndrome?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman anda, masalah hyperventilation syndrom biasanya berlaku apabial seseorang bernafas lebih laju atau lebih kerap dari biasa. Gejala ini biasanya berlaku seiring dengan tekanan emosi seperti seseorang yang oanik atau mengalami anxiety.
Gejala ini biasanya berlaku dalam tempoh seketika dan jika berlarutan boleh membawa kepada pitam atau pengsan akibat kadar karbon dioksida yang terlalu rendah.
Mengenai masalah pernafasan yang anda hadapi, sila rujuk kepada doktor dengan lebih lanjut untuk mengetahui puncanya. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.