Sulit
2 tahun
Iberet folic boleh minum bersama susu?
hi doc, saya nak tanya. adakah boleh makan iberet folic bersama susu dan tidak menjarakkan pengambilan susu. sebab saya mengambil iberet fokic pada waktu pagi sebelum sarapan. dan saya sarapan minum susu setiap pagi. Benarkah susu akan menolak khasiat iberet folic ? harap doc boleh memberi penjelasan dengan jelas. terima kasih doc.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, Iberet Folic tidak berkesan sepenuhnya jika diminum dengan susu. Anda digalakkan untuk minum Iberet Folic pada waktu pagi apabila bangun dari tidur. Ini adalah kerana, vitamin pada waktu pagi akan membolehkan penyerapan yang lebih baik dan lebih cekap ke dalam sistem anda.
Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.