Sulit
5 tahun
Ibu hamil yang mengalami batuk dan sakit tekak.. Adakah tanda2 covid 19
Saya ibu hamil, sekarang mengalami sakit tekak dah batuk… Adakah itu simptom covid 19
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham situasi yang anda alami lebih-lebih lagi pada musim pandemik ini dan anda sedang hamil. Untuk pengetahuan anda, selain COVID-19, terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami gejala tersebut, seperti:
- Jangkitan paru-paru
- Radang tonsil (tonsilitis)
- Radang tekak (pharyngitis atau laryngitis)
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah yang anda hadapi. Anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dibuat dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Berikut merupakan sedikit infor berkenaan COVID-19:
Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lebih lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
- Cirit Birit
- Sakit dada
Sukar ingin katakan sama ada anda perlu melakukan ujian untuk COVID-19 kerana maklumat lanjut adalah diperlukan dan anda perlu diperiksa. Kami sarankan anda untuk memantau keadaan anda dan sila pergi ke klinik atau hospital berhampiran dengan anda sekiranya keadaan anda semakin melarat.
Kami juga menggalakkan anda untuk menjawab kuiz ini di Penilaian Risiko untuk COVID-19 untuk menilai status kesihatan semasa anda berkaitan dengan penyakit ini. Setelah menyelesaikan kuiz ini, anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori. Arahan selanjutnya akan diberikan pada akhir kuiz.
Anda juga boleh mengklik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19 atau hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC). Selain daripada itu, anda digalakkan agar terus melakukan kebersihan tangan dengan kerap, pakai topeng muka jika keluar rumah & patuhi SOP PKP & pandemik sesuai garis panduan KKM.
Talian CPRC :
0388810200
+60178429454
[email protected]
Ingin meningkatkan imuniti tubuh? Suplemen merupakan pilihan yang tepat!
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung di atas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini


































