
Sulit
3 tahun
Ibu jari kaki dan tapak kaki bengkak
suami saya umur 39 tahun dan mengalami bengkak di bahagian ibu jari kaki kiri dan bengkak juga bahagian tapak kaki ibu jari tersebut. Pertama kali kena selepas hiking gunung angsi . Sekarang mengalami lagi dan rasa berpunca dari kayuhan basikal didalam rumah tanpa menggunakan kasut yang bersesuaian. Rasa sakit seperti bengkak dan terseliuh sehingga mengganggu waktu tidurnya.

3 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami gejala kesakitan di bahagian ibu jari kaki anda. Kami akan cuba membantu anda.
Masalah anda boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti yang berikut :
- ibu jari kaki terseliuh
- bahagian tulang ibu jari retak atau putih
- jangkitan kuman di tapak kaki
- masalah reumatoid
- keradangan pada kaki
Oleh itu, sebaiknya anda berjumpa dengan doktor untuk maklumat lanjut dan pemeriksaan fizikal. Kami menyarankan anda supaya merujuk perkara ini kepada doktor untuk mendapatkan diagnosis yang sebernarnya serta rawatan yang tepat.
Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami untuk bantuan yang lanjut.
Harap jawapan kami membantu anda. Terima kasih!
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.