
Sulit
4 tahun
Ibu jari tangan kanan tiba2 bengkak
saya berumur 46tahun. sejak 2 hari lepas ibu jari tangan kanan saya secara tiba2 berasa sakit disekitar sendi tengah jari tersebut dan membengkak pada pagi ini. Sebelum ini saya tidak ada berlaku sebarang kecederaan pada jari tersebut. harap dapat penjelasan tentang sakit saya ini.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu bengkak dan sakit pada sendi tengah jari. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan.
Terdapat pelbagai punca ibu jari tangan boleh membengkak dan sakit. Antaranya:
- Radang sendi
- Penggunaan ibu jari secara berlebihan
- “Carpal Tunnel Syndrome”
- Trauma pada ibu jari
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.