
Sulit
3 tahun
Ibu mengandung ambil suntikan tetanus(kancing gigi) sebelum vaksin covid-19 Pzifer
Saya adalah ibu mengandung dan telah mendapat tarikh temujanji vaksinasi covid-19 Pzifer pada 26/6/2021 akan datang. Tetapi saya telah menerima suntikan tetanus (kancing gigi) pada 21/6/2021. Adakah saya boleh meneruskan temujanji vaksinasi Pzifer pada 26/6/2021 ini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan kenyataan anda, anda ingin mengetahui sekiranya anda boleh mengambil vaksin COVID-19 selang beberapa hari setelah mendapatkan suntikan vaksin tetanus. Kami akan cuba menjelaskan kepada anda.
Menurut laporan CDC, seseorang individu perlu menjarakkan dua suntikan vaksin yang berbeza sekurang-kurangnya selama 14 hari.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk menghubungi pusat vaksinasi anda atau klinik/hospital yang terdekat untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini