
Sulit
3 tahun
Ibu menyusu & ubat cacing zentel
Hi, saya nak tanya berkenaan ubat cacing Zentel. Saya menyusukan anak. Anak saya berusia 1 tahun 5 bulan. Adakah selamat utk saya mkn ubat cacing? Jika saya mengambil ubat cacing Zantel adakah ia mengganggu pengeluaran susu atau ia mmberi kesan pd ank?

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda ingin mengetahui jika anda boleh mengambil ubat cacing Zentel memandangkan anda sedang menyusukan anak anda. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, ubat cacing Zentel mengandungi albendazole. Kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa ubat ini adalah dalam kuantiti yang rendah dalam susu ibu dan tidak aka memberikan kesan kepada anak. Namun, penggunaan Zentel tidak disyorkan untuk ibu yang menyusu dan jika diambil, ibu tidak harus menyusu untuk sekurang-kurangnya 5 hari. Oleh itu, kami menasihatkan anda untuk merujuk kepada doktor terlebih dahulu untuk mendapatkan kepastian mengenai ubat Zentel. Anda boleh mendapatkan nasihat daripada pakar ibu dan anak kami mengenai penggunaan ubat Zentel.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor pakar ibu dan anak (obstetrician).