
Sulit
4 tahun
Ibu menyusuhkan anak umur 1thn 6bulan
Saya skrg tgh mengambil perancang Postinor 2. Dan saya juga telah menyusuhkan anak saya yang berumur 1thn 6bulan. Masalah nya anak saya ni tak mahu minum susu formula. Apakah kesan terhadap anak saya nnt dri pil postinor 2 itu? Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, pil perancang kecemasan yang anda ambil tidak menjejaskan sama ada kuantiti atau kualiti susu yang dihasilkan oleh payudara anda. Hormon dari pil boleh disalurkan melalui susu ibu, namun, anak anda mungkin tidak akan mengalami apa-apa kesan buruk daripadanya. Bagaimanapun, sebaiknya adalah tidak menyusukan sekurang-kurangnya 3 hari selepas menggunakan pil perancang kecemasan tersebut.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih
Jalinkan hubungan seks tanpa kebimbangan lagi