
azmimamiraz8
4 tahun
Ibu saya mengalami masalah kegatalan pada kulit hampir seluruh badan berusia 65tahun mempunyai darah tinggi serta kolestral dalam darah, sejak awal tahun mengalami gatal hampir semua jenis ubat tapi buntu
Masalah gatal pada kulit

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi oleh ibu anda. Kebiasaannya, penyebab gatal-gatal pada orang tua adalah kerana akibat dari faktor penuaan, kulit mereka menjadi kering dibandingkan orang muda. Pada kondisi kurang menggunakan pelembap (seperti lotion) ataupun kurang minum air (dehidrasi) atau cuaca panas, kulit mereka akan menjadi sangat gatal dibandingkan sebelumnya.
Akan tetapi, oleh kerana tiada perbaikan setelah pengubatan, belum dapat disimpulkan penyebab gatal pada ibu anda. Terdapat juga kemungkinan gatal-gatal yang terjadi adalah disebabkan hal-hal lain seperti:
- Dermatitis atopic - sejenis alergi biasanya pada orang asma dan resdung
- Contact dermatitis terdedah kepada bahan yang boleh menyebabkan gatal
- Jangkitan kulit seperti kulat, kutu, kudis buta, dan lain-lain
- Gatal terkait penyakit sistemik seperti masalah buah pinggang, masalah hati, penyakit darah dan lain-lain
- Akibat ubatan
Untuk mengetahui lebih lanjut punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Photo by Andreea Popa