
Sulit
4 tahun
Imsonia sukar tidur walaupun penat
saya menghadapi imsonia sejak belajar di universiti sampai skrg dari kerja sampai sy dh resign.waktu bekerja sy susah nak tidur 2-3pagi masih belum tidur. Ada ubat ke utk atasi masalah saya?sy dah try minum roiboss tea tapi masih sama.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Kami sarankan anda mencuba yang berikut untuk memperbaiki masalah insomnia anda iaitu:
- Kurangkan stress, pastikan anda dikelilingi oleh dorongan yang kuat dan sihat
- Seimbangkan pemakanan. Banyakkan makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran
- Elakkan tabiat merokok
- Dapatkan nasihat kounseling dari pihak berkenaan
- Minta preskripsi anti-depressant daripada doktor anda mengenai masalah tidur ini.
- Banyakkan meluangkan masa dengan keluarga dan rakan-rakan
- Perbanyakkan senaman yang seimbang.
- Mematikan lampu ketika ingin tidur.
- Pastikan tempat tidur anda dalam keadaan yang selesa dan tenang.
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti
Sekiranya perkara di atas tidak dapat membantu, kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda yang berdekatan bagi mengenalpasti punca masalah yang anda hadapi. Kadangkala penyakit insomnia merupakan salah satu masalah psikatri yang dihadapi pada zaman ini.
Jika ingin mengetahui lebih lanjut, sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.