
Sulit
4 tahun
Individu test positive covid dan selepas keluar kuarantin masih boleh berjangkit orang lain?
Saya mahu tanya: Individu yang test positif covid dan bergejala dan dimasuk ke pusat kuarantin. Selepas 10 hari individu keluar kuarantin sebab tiada lagi bergejala covid. Individu tersebut masih boleh merebakkan virus covid kepada orang lain?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Umum mengetahui, wabak COVID-19 masih belum berakhir, justeru, kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, apabila individu yang sembuh daripada COVID-19 dan mereka tidak bergejala, maka mereka tidak jatuh sakit atau menyebarkan penyakit ini kepada orang lain.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk info lanjut secara mendalam, anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini