
Sulit
5 tahun
Infeksi di bahagian sulit
saya wanita dan mempunya infeksi 3 hari di bahagian sulit… agak kemerahan

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kemerahan pada bahagian kemaluan boleh disebabkan pelbagai faktor seperti:
- Jangkitan kuman/kulat - selain kemerahan, gejala kegatalan, benjolan/bengkak juga boleh terjadi
- Penyakit kulit seperti ekzema/psoriasis
- Alahan dermatitis - pada produk pencuci atau kain seluar dalam
- Kerengsangan akibat selalu menggaru akibat kegatalan
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.