
Sulit
5 tahun
Ingin ambil pil perancang
Saya wanita berumur 22thun,bersalin secara czer,anak baru 1bulan lebih,sya ingin mengambil pil perancang kerana saya bersama suami semasa datang bulan ke 5 hari,adakah pil itu akan berkesan??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi.
Antara kaedah perancang keluarga:
- memkai perlindungan seperti condom semasa bersama
- pil perancang keluarga secepat mungkin selepas menjalani hubungan kelamin tanpa perlindungan.
- intrauterine contraceptive device atau IUCD.
- megambil pil noriday
- suntikan perancang kehamilan
Bagi pil perancang keluarga anda disarankan untuk mengambil nya dalam hari pertama hingga ke 5 datang haid. Teruskan mengambilnya sehingga habis pek. Risiko kehamilan akan berkurangan jika anda mengambil pil perancang dengan betul. Di dalam kotak akan terdapat manual. Baca arahan pengambilan. Saya tidak boleh mengulas lebih lanjut kerana saya tiada maklumat apakah pil hormon yang anda ambil.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.