
Sulit
4 tahun
Ingin bertanyakan tentang Multivitamin
Hello doc, saya ingin tanya adakah multivitamin selamat dimakan oleh pesakit darah tinggi? Apakah ia akan memberi kesan sampingan kepada si pemakan? Dan dia memang under medication dari pakar hospital juga. Thank you.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Multivitamin kebiasaanya digunakan untuk meningkatkan stamina dan atasi keletihan. Untuk orang yang mempunyai darah tinggi adalah tidak bahaya, namun perlu diambil mengikut dos yang tepat, dan mendapat nasihat doktor.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih